Klik Masnah Mudin Al-Hajj untuk kenali saya :)

Detik Waktu

Wednesday, November 13, 2013

Asthma Dan Shaklee



 

Adakah anda...Anak anda atau org terdekat anda mengalami Asthma??

Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asthma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang. Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa (Dr. Jeyaindran)


ermmm....Apa itu Asthma yaaaa?? 


Asthma dikenali sebagai penyakit lelah merupakan sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik. Ia dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan yang berulang. Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru. Bagaimanapun, semasa serangan asma berlaku, pernafasan menjadi sukar kerana berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan.Pada masa yang sama, selaput saluran pernafasan akan mengalami radang di mana kedua-dua unsur ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas.


Gejala 


Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari. Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak. 

Punca asthma

Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

Komplikasi 


Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya. 


Salah faham mengenai asthma


Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia) 


- Asma bukan penyakit berjangkit

- Asma sukar dirawat
- Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
- Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.

Sumber: http://hjitra.moh.gov.my/web2/modules/AMS/article.php?storyid=9


Set yang di cadangkan untuk mengurangkan gejala/simptoms2 asthma (InshaAllah) adlh: 



 Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut :)




0 comments:

Post a Comment

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Anda (950354). Bersedia untuk menerima tempahan; COD/Online payment area Sepanggar, Tebobon, Kota Kinabalu, Papar, Bongawan, Membakut, kwsn2 lain di Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya Call/SMS/Whatsapp?LINE/WeChat/Viber di 0138974566 untuk maklumat lanjut. Klik DiBawahLangitNYA~ untuk mengenali siapa saya :)

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee (Sumber: www.shaklee.com.my)

"Semua testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di dalam blog ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mahu pun mendiagnose apa juga jenis penyakit. Pembaca di galakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan"