Klik Masnah Mudin Al-Hajj untuk kenali saya :)

Detik Waktu

Always safe

Jom Sihat Bersama Shaklee

Always Works

Kesihatan Anda Kegembiraan Kami

Always Green

Pilihan Tepat Untuk Kesihatan Anda

Changing brand can change your life

Dare to change?? Shaklee adalah pilihan terbaik anda. Hubungi saya utk info lanjut. COD Sepanggar, Kota Kinabalu, Papar, Bongawan dan Membakut :)

Now the choice is in your hand!

Shaklee brings you the "Total Wellness Connection" which connects you to the healthier life

Saturday, March 1, 2014

Vitamin E



Kelebihan Vitamin E Shaklee
 
- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu


Untuk INFO LANJUT dan konsultasi percuma, Like page Jomlihathijau

     Salam Concern,

Tuesday, February 4, 2014

Menderita G.O.U.T?


Anda..Bapa Anda..Suami anda...atau kawan anda mederita gout?? Shaklee mencadangkan anda set berikut untuk mengurangkan masalah ini.."Kita Berusaha Dia Penentu Segala..." InshaAllah..


 Hubungi Saya Untuk Info Lanjut...

     Salam Concern ;)


Tuesday, December 31, 2013

Garlic

Manfaat Utama:
  • Mengandungi Spearmint: mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi: Garlic antibiotik semulajadi, ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Menghalang Alergi: Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis
  • Mempertingkatkan sistem Penghadaman: Formula unikya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik
  • Memoderatekan Tekanan Darah Tinggi: Kajian menunjukkan, pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Detoksifikasi: Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adlh logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, Garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Menurunkan kolesterol: Menurunkan kolesterol, LDL, Trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari (Coronary/Jantung)
  • Mencegah kanser: Membantu mengelak dan merawak kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine
  • Menstabilkan glukos: Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita


Sumber: Buku Nutrisi Shaklee

InshaAllah, kita berusaha..dan berdoa. Segalanya di tangan NYA...Wallahu'alam...
Hubungi saya untuk maklumat lanjut :)

Salam Sayang,

Thursday, December 26, 2013

Supplement Shaklee Mahal?? Sapa cakap?

"Mahal la supplement shaklee..nda mampu..bla...bla..bla..."

Errkkk??!! ye ka mahal? Untuk jangkamasa panjang apa salahnya kan. Tapi betul meh mahal? Jom kita try compare Shaklee dengan jenama lain..

Ok.. kita ambil contoh B-Complex baik punya..hehe...Tapi sebelum tu mo tanya anda semua...Bagaimana sebenarnya memilih B-complex yang terbaik?? SEHARUSNYA:-

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu di ambil pada masa yg sama)
2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
4. Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (Sustain Release)

KENAPA PILIH SHAKLEE B-COMPLEX??


Blackmores Multi B
RM25 / 30 hidangan
RM0.83 / 1 hidangan
Kordel’s Executive B
RM 39.90 / 60 hidangan
RM 0.67 / 1 hidangan
Shaklee B-Complex
RM 45 / 120 hidangan
RM 0.37 / 1 hidangan
B2 (Riboflavin)
8.5 mg
15mg
11.47 mg (675%)
B1 (Thiamin)
7.5 mg
25 mg
10.12 mg (675%)
B6
10 mg
15 mg
13.5 mg (675%)
B3
60 mg
-
135 mg (675%)
Biotin
50 mcg (17%)
15 mcg (5%)
150 mcg (50%)
B5
20 mg
13.5 mg
67.5 mg (675%)
Asid Folik
200 mcg (25%)
75 mcg (0.1%)
200 mcg (50%)
B12
10 mcg
15 mcg
40 mcg (675%)
Rekomendasi:

Utk kesihatan berpanjangan: 1 biji sehari (selepas makan)
Utk rambut gugur, anemia, kesakitan: 2-3 kali sehari , 1 biji (selepas mkn)

Mengapa urin menjadi kekuningan?

Hal ini merupakan situasi normal kerana B-complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan  dan tahap kekuningan berkurangan dari masa ke masa

Nota Kaki: B-complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat di galakkan.

Ingin tahu lebih lanjut tentang B-Complex Shaklee? just click here

(Sumber: Buku Nutrisi Shaklee)

      Salam Hormat,

Thursday, December 12, 2013

Migrain?? Sakit kepala??

Migrain , sakit kepala?..ada penawar selain dari ubat/pain killler?

Satu lagi perkongsian best saya petik dari blog seorang Master yang Hebat. Mari kita baca dan timbang-timbangkan :)

Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan.. mari baca artikel ini :-
 
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

§ Sakit kepala kerana tekanan
§ Sakit kepala kerana sinus
§ Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

§ Kekurangan zat dan nutrisi
§ Faktor keturunan
§ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
§ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
§ Terlalu banyak mengambil kafein
§ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...

Akhir kata..bak kata mommylyna ni...~~~Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.~~kata2 ni memang saya setuju sangat2..

Credit to: elaila.net 
Salam Hormat,

Wednesday, December 11, 2013

Tahukah Anda (B-Complex)


Stress Dan Obesiti - Atasi dengan B-Complex

Perkongsian ini saya petik dari Blog Master Coordinator Shaklee yang Hebat. Jum kita baca :)

Salam pagi selasa buat semua..Baru2 ni dapat badnews kawan saya kata ade seorang manager muda di tempat kerjanya meninggal akibat stroke dan kidney failure. Yang jadi tersentak sebab masih muda. Dan bila sebut stroke... saya terus teringat tentang stress..Sebenarnya stress ni punca banyak penyakit2 kronik....Banyak kesan2 kurang baik ke atas kehidupan..especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita (sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan... haaa.. point yang last tu mmg menarik.. berat badan naik bukan je sebab anda byk makan..tapi kalau anda stress pun boleh menyumbang ke arah overweight/obesiti....

Jadi..utk mengawal stress.. anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu.Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
B Complex pilihan saya......................

B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?
 

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.. kerana kesan daripada stress/ depresi amatlah buruk ...jika dibiarkan.boleh menjurus ke penyakit fizikal.~overweight, obesiti, jantung, sakit perut, cirit dan byk lagi.... .dan yang lebih parah ia juga boleh menyebabkan penyakit mental yg kronik....Akhir kata.... sayangilah diri anda. .kerana saya yakin ramai diluar sana yang sayangkan anda..Pautan

Credit to Mama Faiz

Salam Hormat,

Thursday, December 5, 2013

Keistimewaan SHAKLEE




Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.


SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Sumber: www.shaklee.com 

Wednesday, December 4, 2013

Ibu sihat


Ibu sihat bermula dengan nutrisi yang betul :)

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Anda (950354). Bersedia untuk menerima tempahan; COD/Online payment area Sepanggar, Tebobon, Kota Kinabalu, Papar, Bongawan, Membakut, kwsn2 lain di Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia. Hubungi saya Call/SMS/Whatsapp?LINE/WeChat/Viber di 0138974566 untuk maklumat lanjut. Klik DiBawahLangitNYA~ untuk mengenali siapa saya :)

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee (Sumber: www.shaklee.com.my)

"Semua testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di dalam blog ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mahu pun mendiagnose apa juga jenis penyakit. Pembaca di galakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan"